Blogs
Sublimation Printing adalah kaedah percetakan yang melibatkan pemindahan design dari printer ke atas kertas khas (Sublimation Paper). Kemudian dari kertas pula design dipindahkan ke atas material produk. Design dipindahkan ke atas material produk dengan menggunakan Teknik Pemanasan & Tekanan (Heat Press). Teknik Heat Press akan menjadikan dakwat khas (Sublimation Ink) bertukar kepada gas melalui proses pemejalwapan dan seterusnya diserap masuk ke dalam material produk.
Teknik ini hanya boleh digunakan ke atas material tertentu sahaja. Teknik ini juga hanya boleh digunakan ke atas permukaan yang mempunyai lapisan khas yang dikenali sebagai “Coating”. Lapisan ini akan membantu penyerapan imej dari kertas sublimation ke atas material tersebut. Tanpa lapisan ini, gambar tidak dapat dicetak ke atas produk tersebut.
Proses untuk cetakan jenis sublimation mengambil masa 7-14 hari bergantung kepada kuantiti & permintaan pelanggan. Mengambil masa lebih lama kerana teknik cetakan ini memerlukan proses dari cetakan, pemindahan ke fabrik & jahitan. Cetakan jenis ini terhad kepada jenis fabrik microfibre @ jersey.
Berikut merupakan senarai pendek proses-proses Sublimation Printing Pakaian:
- Proses penyediaan artwork atau design dengan menggunakan komputer.
- Proses mencetak artwork ke atas kertas sublimation menggunakan printer khas (Sublimation Printer).
- Proses pemindahan design dari kertas khas ke atas fabrik menggunakan Teknik Heat Transfer (menggunakan mesin Heat Press khas)
- Proses menjahit fabrik kain yang telah bercorak menjadi t-shirt.
- Proses QC (Quality Control) & proses pembungkusan.
- Proses serahan/delivery.
Antara kelebihan Teknik Sublimation Printing:
- Tiada had warna cetakan kerana printer sublimation mampu mencetak full color printing.
- Kualiti cetakan sangat tinggi & tahan lama.
- Hasil warna cetakan sangat tepat dengan design & artwork yang dihasilkan.
- Harga berpatutan bergantung pada kuantiti tempahan.
- Mampu mencetak pelbagai bentuk design & pattern pakaian.
Sesuai untuk:
- Baju event.
- Baju group motor, kereta & lain-lain.
- Baju family day
- Baju team futsal, bola sepak dll
- Baju sukan
Harga yang kami tawarkan adalah sangat berpatutan dan semestinya terus dari kilang. Jadi sebagai pelanggan jangan malu bertanya sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau perlukan rundingan harga mengikut bajet anda.
Boleh hubungi kami 010-7884478 / 014-4004478 untuk sebarang pertanyaan.
LOKASI SHOWROOM
A-6-G, Putra Walk,
Jalan PP25, Taman Pinggiran Putra
43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan.
WAKTU PEJABAT
Isnin hingga Jumaat (10.00 am – 6.00 pm)
Sabtu (9.00 am – 3.00 pm)
Ahad & Cuti Umum – TUTUP
HOTLINE
+6 03 – 8957 1117 (Office)
Sabtu (9.00 am – 3.00 pm)
Ahad & Cuti Umum – TUTUP